Cepatnya masa berlalu!

1:52:00 PM

Salam to all my friends....ni first time aku tulis blog..baru berjinak-jinak selepas mendapat undangan puan hernee kita nie..cepatnya masa berlalu, diam tak diam masing-masing dari single dah berdua, bertiga and sebagainya. For your information, aku pun dah dapat baby boy, pada 8 November 2008 yang lalu...hehehe cadangan for the next baby...2010 kot. Perasaan jadi ibu ni pun lain..totally different n amazing. Kepada kaum2 adam hargailah isteri n ibu anda, dah jadi ibu ni barulah aku tau betapa besarnya pengorbanan mak aku. Kat bawah ni aku nak share sikit2 kisah hidup aku kat korang..hidup ini tak semudah yang kita sangkakan...


Tahun 2002..aku mendaftar ambik BCA kat UiTM Lendu..n jumpa korang suma..sedih sikit coz aku dulu dip kat Shah Alam..alih2 kena campak kat Lendu..solok lak tue...

tapi aku seronok belajar kat Lendu dapat kawan mcm korang suma..serumah dgn ekin..ishh if only i can turn back time, aku nak hanging out with all my friends semula dgn aktiviti yg lebih menarik...tapi aku antara yg tercicir tak grad on time coz aku ada kantoi paper n aku extend sem nak jaga pointer..sedih gak ah kawan2 dah grad...aku, ekin, tati, lin yg tinggal...x silap aku lah..ada lagi ke yg grad lambat? lupa..


End of 2005..aku grad...x ingat lah berapa lama aku tanam anggur tapi puas gak lak pergi interview sana sini. First job aku as secretary kat famous legal firm kat Zulrafique and partners..boring beb layan bos aku, cerewet gila..lawyer lah katakan..stapler kertas pun kena lurus 90 darjah...effect of that aku pun jadi teliti dalam kerja..baguslah tu kan. Tapi aku keja sebulan jer...gaji kecik (bukan masalah utama) yg menguatkan aku resigned boring ah environment sana...what can i say..legal firm...


tanam anggur jap..aku cuba nasib intv kat Tahan Insurance, kat bangunan MRCB Shah Alam. Alhamdulillah aku dapat job as Claims Executive, Bodily Injury Department...x tau pun deparment BI ni mcm hell...first day jerk aku dah kena marah...kat sini aku uruskan claims pasal tuntutan kecederaan BI/kematian...dealing dgn lawyers lagi..kat mana2 mesti berurusan dgn lawyers..haru...court cases..hearing, mention and etc. Kerja kat sini teruk gak lak aku balik tiap2 mlm pas maghrib..bawa balik fail. tido malam pun mimpi kena baling dgn fail. pernah gak lah aku menangis sebab bos aku conteng laporan yg aku buat..padahal masa tu aku baru lagi..

tapi kerja kat sini buat aku jadi kuat n pemikir...masa keja kat sini aku nekad beli kereta walaupun gaji aku kecik je masa tu..x sampai pun 2k. 6 bulan aku bekerja kat sini..aku dpt offer job from govt as PTD..walaupun surat tak dapat lagi aku nekad tender resigned letter..bos try counter offer kat aku tapi sorry lah bos... I got better job offer..sapa x nak keja govt bos...that was my answer..


17 Julai 2006, my first day as PTD..kena report duty kat INTAN, Terengganu. Kat sini aku dapat surat posting...aku berdoa agar x dihantar jauh dari family...Thank god aku dapat KPDNHEP, Putrajaya. A week after that, aku dihantar ke PPDN & HEP, Melaka. Kat Melaka aku Ketua Seksyen Perdagangan Dalam Negeri dengan gelaran Penolong Pengarah. Aku lah ketua seksyen PDN yang pertama selepas konsep mini ministry diaplikasikan kat state..sebelum ni totally controlled by enforcement. That's why aku rasa ramai yang tak suka PTD nie..SYMP (saya yang menurut perintah)...aku pun lead lah bahagian ni dgn zero knowledge..tapi aku byk belajar dari staff aku lah..thanks to them. Masuk jabatan ni..haru gak ah...yelah antara kementerian yg terpanas dgn byk isu....waktu peak masa kenaikkan harga minyak petrol and diesel RM2.70 seliter...bahagian aku paling ramai terima pelanggan nak dapatkan fleetcard...sehari dalam purata 200 pelanggan..penat memanglah penat tapi mujur staff aku semua berkerjasama. 17 Julai 2009, ni genap lah aku 3 tahun dalam service..jap je kan? ok aku stop kat sini dulu nanti aku sambung cerita hidup aku lagi...

You Might Also Like

3 Orang Pengomen Tegar

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images