anak dara yang malu-malu kucing

9:17:00 PM

sangat kasihan pulak dengan blog ni. mari aku tolong kemaskini kerana aku dah rasa macam nak pengsan kebosanan. puan hernee pun senyap sunyi sepi..sesepi malam yang sepi..pi..pi..pii....pak mat jual roti..ti..ti..

sebenarnya aku pun takde idea ni nak mengarut apa kat sini. ok, ok, dengan tanpa rasa malu dan segan, aku sebenarnya nak beritahu, aku nak kembali ke alam pekerjaan. cukuplah setahun lebih aku memegang jawatan surirumahtangga sepenuh masa. sekarang, mari memburu pekerjaan!! RM, RM, RM...yeahhh!!...

apa yang best sangat jadi surirumah ye puan dan tuan sekalian alam? iye, dapat tengok anak membesar depan mata dan tak perlu risau-risau semasa bekerja. "eh anak aku apa cerita ye kat rumah nanny tuu..." lepas tu kalau korang nie jenis tak percaya kat orang, sekejap-sekejap karang mendail nombor nanny/nursery.

dan sekarang, aku ni pun tengah dalam dilema ni. anak kedua aku, kan sejak dari dalam perut tak pernah berpisah dengan aku. ni esok ni nak pergi interview ni, aku suspen betul nak tinggal dia kat rumah jiran tu. kalau ade sesiapa yang tak dikenali cuba dukung dia, dia akan cepat-cepat pegang leher aku kuat-kuat. kadang-kadang sampai tahap menangis tersedu-sedu. padahal orang tu cuma tengok dia dari jauh je. pernah sekali, aku tengah pilih beg kat kedai, tiba-tiba anak dara aku tu menangis tersedu-sedu sambil peluk aku kuat-kuat. "ei dik, nape dikkkk..janganla nangis. muka akak macam tok bomoh ke?" kata salesgirl sambil buat muka cuak. haha.

ok dah, kan dah aku update cerita sendiri, tula korang. kenapa biarkan blog ni sepi tanpa berita. sangatlah kasihan...

You Might Also Like

2 Orang Pengomen Tegar

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images