KISAH - KISAH PENGAJARAN

6:18:00 PM

>>>Received email from my friend..hope boleh jadi guidance untuk kita semua.. enjoy reading ya!
SI – SOPAK , SI – BOTAK DAN SI – BUTA

Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil.Ketiga-tiga mereka cacat, seorang botak,seorang sopak dan seorang lagi buta. Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak “ Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu,apakah yang kamu mahu ? ” Si – sopak menjawab, “ saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak.Dengan takdir Allah,kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.Kemudian Malaikat bertanya si- Botak soalan yang sama. Si- Botak menjawab, “ Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak.” Tiba-tiba,dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. Selepas itu malaikat bertanya Si- Buta pertanyaan yang sama. Si-Buta menjawab, “ Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak ”. Dengan takdir Allah,mata Si-Buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan melimpah. Selang beberapa bulan ,Allah memerintahkan semula malaikat menyamar sebagai peminta sedekah.Dia berjumpa dengan orang pertama yang dahulunya Sopak dan meminta sedikit wang. ‘ Si – Sopak ’ itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat.Malaikat berkata “ Saya rasa saya kenal kamu . Dulu kamu sopak..dan miskin.Allah telah menolong kamu.” .Si – Sopak tidak mengaku.Dengan kuasa Allah,Si-Sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin .

Kemudian malaikat berjumpa dengan Si-Botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat.Apabila malaikat meminta bantuan,Si-Botak juga enggan membantu,malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak.Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri,Allah telah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan.Apabila malaikat meminta bantuan, Si-Buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, “ Ini semua harta pemberian Allah.Ambillah kesemuanya.Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini ”. Malaikat tidak mengambil pemberian itu.Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa diantara mereka bertiga yang bersyukur. Si-Buta yang bersyukur itu terus menikmati kekayaan dan penglihatannya.Manakala Si-Sopak dan Si-Botak kekal dengan keadaannya yang asal .



KISAH SI BUTA DAN GAJAH

Dalam sebuah negeri terdapat sekumpulan buta.Mereka mendengar berita satu kumpulan sarkis datang ke tempatnya dengan membawa bersama haiwan ajaib bernama gajah.Naluri ingin tahu mereka melonjak kerana selama ini mereka belum pernah sekalipun melihat rupa atau mengenalinya bahkan nama gajah pun mereka belum pernah dengar sebelum ini.Kata sepakat diambil untuk menghantar wakil ketempat itu.Salah seorang dari mereka berkata, “ Meskipun kita buta tapi kita masih boleh mengenalinya dengan cara sentuhan dan meraba-raba ”.Perwakilan yang dilantik terus ke tempat itu.Sebaik saja sampai,masing-masing terus memainkan peranan,menyentuh-nyentuh bahagian tubuh gajah untuk mengenalinya.Ada yang terpegang gading dan sebahagian lain memegang telinga gajah.Setelah puas menyentuh seluruh tubuh gajah tersebut dan merasa yakin dengan maklumat fizikal gajah yang mereka perolehi,mereka pun kembali ke kampungnya. Mereka dihujani dengan pelbagai pertanyaan oleh orang-orang buta yang tidak pergi dan ingin mengetahui bentuk gajah ajaib itu.Mereka mula bertelagah,bercanggah pendapat.Orang yang terpegang kaki gajah mengatakan gajah itu seperti tiang besar,kesat tapi lembut pada sentuhan.Kenyataan ini dibantah keras oleh orang yang terpegang gajah pada bahagian gadingnya.Dia mengatakan gajah tidak kesat ,tidak lembut dan jauh sekali dari berbentuk seperti yang dilaporkan oleh orang pertama itu.Sebaliknya,katanya gajah itu bentuknya keras dan licin serta saiznya hanya sebesar galah saja.Kenyataan ini disanggah oleh pelapor ketiga yang memegang gajah pada telinga. Dia bersetuju pada pelapor pertama yang mengatakan gajah itu kesat dan lembut tetapi tidak bersetuju bentuknya seperti tiang atau galah.Dia menegaskan bahawa gajah itu kesat,lembut dan saiznya hanya seperti kulit terkembang yang tebal sebesar dulang.Orang-orang buta lain mendengar cerita mengenai bentuk gajah itu melopong kebingungan.Masing-masing memikirkan,betapa ajaibnya haiwan bernama gajah itu !. Dari kisah ini kita dapat mengambil pengajaran dan iktibar bahawa naluri ingin tahu yang ada pada setiap orang mendorong mereka menyelidiki.

MORAL DAN IKTIBAR

- Penggunaan satu deria saja tidak memadai untuk mengetahui sesuatu fakta secara syumul dan terperinci
- Pendapat seseorang mengenai sesuatu perkara adalah betul dari satu persepsi/sudut saja.
- Penggunaan ilmu perlu menggunakan teknik gabungan pelbagai media dan juga melalui ‘ Brainstorming ’
- Jangan lekehkan pandangan orang lain kerana ia adalah betul dari sudut pandangannya
- Melekehkan pendapat orang menyekat diri kita dari menguasai ilmu secara global.
- Dapatkan fakta atau maklumat mengenai sesuatu dari banyak sumber dan cara
- Maklumat yang diperolehi secara ‘ second – hand ’belum dapat dipastikan kesahihan,jauh sekali untuk dijadikan dalil atau hujah.



PIALA PUNCA BALA

Dinukilkan dalam sebuah kitab,seorang raja dihadiahkan orang sebuah piala minuman bertatahkan permata Fairuz.Piala itu sangat cantik dan amat berharga.Raja sangat gembira menerima hadiah itu.Apabila seorang hukama datang berjumpa dengannya,raja itu bertanyakan kepadanya menegani piala tersebut.Hukama itu berkata,
“ Aku tidak lihat apa-apa dari piala itu kecuali bala dan fakir ” .Raja tercengang dan berkata,
“ Mengapa kamu berkata begitu ? ”. Hukama menerangkan ,
“ Kalau piala itu pecah,sudah tentu ia tidak boleh dibaiki lagi dan hati tuanku akan menjadi susah atas bala yang menimpa.Kalau dicuri orang pula,tuanku akan bersedih atas kehilangannya itu dan
Berasa seperti fakir.Bahkan sebelum tuanku dapat piala ini,tuanku tidak ada rasa apa-apa bahkan senang dengan keadaan begini,tetapi selepas ada piala ini,jika berlaku kehilangan tentu
Tuanku berasa amat sedih.”
Selang beberapa bulan,piala yang disayangi raja itu pecah berkecai.Raja itu menjadi sangat sedih dan hampa atas kehilangan piala itu.Dia kembali berjumpa hukama itu dan mengaku atas kebenaran kata-katanya.Kisah ini jelas membuktikan bahawa harta dunia yang kita sayangi tidak memberi apa-apa makna didunia kecuali kesusahan dan kemiskinan.Bahkan dirasakan amat berat untuk meninggalkan harta itu semasa roh hendak kembali berjumpa Allah

MORAL DAN IKTIBAR

- Kekayaan dan harta dunia adalah perhiasan yang tidak perlu disanjung tinggi.Kekaguman yang melampau terhadapnya mengakibatkan kesusahan dan kemiskinan jika berlaku kerosakan atau kehilangan harta tersebut
- Kesayangan pada harta dunia merampas kesayangan pada kenikmatan syurga mengikut nisbah yang sama.
- Hukama memandang sesuatu benda dari segi hakikat,bukan dari segi zahirnya
- Tanpa harta benda pun kita boleh hidup dengan keperluan asasi.Situasi begini lebih menenteramkan hati dan jiwa untuk mengabdi diri kepada Allah.
- Orang yang mempunyai sedikit kekayaan duniawi lebih mudah masuk syurga kerana tidak banyak soal-siasat dan hisab di mahsyar
- Orang yang mempunyai kekayaan duniawi terseksa di Mahsyar kerana banyaknya kira.Mengira tentang dari mana ia diperolehi dan kemana pula ia belanjakan pada setiap satu harta yang dimilikinya.

Ini melewatkan kemasukkan ke syurga.Kalau dari sumber tak halal dan dibelanja bukan pada haknya,si pemilik harta akan di masukkan ke neraka terlebih dahulu.




RESEPI MENJAUHKAN TABIB

Seorang tabib dihantar oleh penguasa Mesir ke Madinah sebagai menunjukkan tanda persahabatan.Sepanjang dua tahun tabib itu berada disana,tidak ada seorang pun yang datang untuk mendapatkan rawatan perubatan.Tabib menjadi hairan dan bosan kerana tidak dapat memberikan perkhidmatan apa-apa kepada penduduk Madinah.Tabib itu berjumpa Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapatkan kepastian.Dia bertanya Nabi : -
“ Adakah penduduk disini takut untuk berjumpa tabib ? ”. Nabi Menjawab
“ Tidak ! Dengan musuh mereka tidak takut,apatah lagi dengan tabib ”. Tabib bertanya lagi,
“ Tapi mengapa sepanjang dua tahun saya disini,seorang pun tidak berubat dengan saya ? ” Nabi menjelaskan
“ Sebab penduduk Madinah tidak ada yang sakit ” . Tabib itu kurang mempercayai kata-kata nabi dan berkata ,
“ Masakan tidak ada satu orang pun yang sakit ”. Melihat keraguan tabib itu,Nabi mempersilakan tabib itu menjelajah ke merata pelusuk Madinah untuk membuktikan kebenaran kata-katanya. Tabib itu beredar dan menjelajah ke pelusuk Madinah.Puas dia mencari pesakit tetapi tidak menjumpai walau seorang pun.Terbuktilah kepadanya kebenaran kata-kata Nabi itu.Didorong perasaan ingin tahu dan kekagumannya,Tabib itu sekali lagi berjumpa Nabi S.A.W lalu berkata ,
“ Benar seperti kata-kata baginda.Apakah petua sehingga semua penduduk Madinah sihat-sihat belaka ? ” Nabi menerangkan,
“ Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan jika tidak lapar dan jika kami makan,kami tidak makan sehingga terlalu kenyang.Itulah petua untk kesihatan.Yakinilah makanan yang halal dan baik.Makanlah untuk bertaqwa kepada Allah bukan sekadar memuaskan hawa nafsu ” .




PETUA HIDUP SIHAT

- Janganlah engkau mengahwini wanita,melainkan yang suci
- Janganlah menelan makanan,melainkan yang dimasak dengan sempurna
- Janganlah makan daging,melainkan yang masih segar
- Janganlah memakan ubat,melainkan kerana sakit
- Janganlah memakan buah-buahan,melainkan yang masak
- Janganlah memasukkan makanan ke dalam perut,melainkan setelah makanan yang dimakan terlebih dahulu sempurna penghadaman
- Janganlah engkau menahan dirimu daripada membuang air besar atau air kecil
- Janganlah engkau tidak tidur setelah makan di waktu siang
- Janganlah engkau tidur terus selepas makan malam,melainkan engkau telah berjalan sekurang-kurangnya seratus langkah .




APAKAH YANG KITA SOMBONGKAN ?

Sombong adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari. Di tingkat terbawah,sombong disebabkan oleh faktor kebendaan.Kita merasa lebih kaya,lebih rupawan dan lebih terhormat daripada orang lain.Di tingkat kedua,sombong disebabkan oleh faktor kecerdasan.Kita merasa lebih pintar,lebih cekap dan lebih berwawasan dibandingkan orang lain. Di tingkat ketiga,kita sering menganggap diri kita lebih bermoral,lebih pemurah dan lebih tulus dibandiangkan dengan orang lain. Yang menarik,semakin tinggi tingkat kesombongan,semakin sulit pula kita mengesannya.Sombong kerana kebendaan sangat mudah terlihat tetapi sombong kerana pengetahuan apalagi sombong kerana kebaikan sukar dikesan kerana seringkali ia hanya berbentuk benih-benih halus di dalam batin kita. Sesungguhnya sifat sombong telah banyak mencelakakan makhluk ciptaan Allah S.W.T . Ia bermula dari peristiwa terusirnya iblis dari syurga kerana kesombongannnya untuk tidak mahu sujud kepada nabi Adam A.S tatkala diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk sujud hormat kepadanya.Keengganan ini adalah disebabkan iblis menganggap bahawa kejadiannya lebih mulia dari Adam.Adam dijadikan dari tanah sedangkan dirinya ( iblis ) dijadikan dari api yang pada anggapannya lebih hebat.Sikap sombong iblis ini telah menyebabkan Allah murka dan menghalaunya turun dari Syurga.Kenyataan ini jelas dari Firman Allah yang bermaksud : -
“ Turunlah engkau ( iblis ) dari Syurga.Tiada patut engkau sombong di dalamnya.Sesungguhnya engkau termasuk ke dalam golongan orang-orang yang hina dan rendah
( Surah Al A’raf : Ayat 14 )

Allah S.W.T juga telah menenggelamkan Qarun beserta seluruh hartanya kedalam perut bumi kerana kesombongannya dan keangkuhannya terhadap Allah S.W.T dan juga telah menenggelamkan
Fir’aun dan bala tenteranya di lautan kerana kesombongannya itu juga telah menyebabkan dia lupa diri dan dengan angkuh menyatakan dirinya adalah Tuhan yang harus disembah dan
Diagungkan.Kehancuran Kaum Luth A.S juga kerana kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Nabi Luth A.S agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka
Iaitu melakukan penyimpangan seksual – lebih memilih pasangan hidup mereka sesame jenis ( homoseks ), sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi,Allah membalikkan bumi yang mereka
tempati dan tiada satu pun diantara mereka dapat menyelamatkan diri dari azab Allah yang datangnya dengan tiba-tiba.

Masih banyak lagi kisah lain yang dapat menyedarkan manusia dari kesombongan dan keangkuhan,kalaulah mereka mahu mempergunakan hati nurani dan akalnya secara sihat.Manusia tidak boleh bersikap sombong kerana manusia adalah makhluk lemah.Makhluk yang lemah tidak seharusnya bermegah-megah dan sombong di hadapan Pengusaha langit dan bumi.Masih banyak manusia yang lupa hakikat dan jati dirinya sehingga membuat dia sombong dan merendahkan orang lain serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.Rasullullah S.A.W telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh sebagaimana diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud R.A dari sabda nabi S.A.W baginda bersabda yang mafhumnya :

‘ Tidak masuk syurga siapa saja yang didalam hatinya ada sedikit kesombongan ’.Kemudian seseorang berkata : “ ( Ya Rasullullah ).Sesungguhnya seseorang itu senang pakaiannya bagus dan
Sandalnya bagus ” . Baginda bersabda : Sesungguhnya Allah itu Indah dan Dia menyenangi keindahan, ( dan yang dimaksud dengan ) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan melecehkan
Orang lain ( Hadis Riwayat : Imam Muslim )

Terdapat banyak sekali Nas-nas yang mencela orang yang sombong dan angkuh, baik yang terdapat dalam Al-Quran mahupun dalam As-Sunnah. Di antaranya ialah :

1) Orang Sombong Telah mengabaikan Perintah Allah S.W.T
- Dalam hal ini Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : “ Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia ( kerana sombong ) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh.Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri ( angkuh ).” ( Surah Lukman : Ayat 18 )

2) Orang yang sombong menjadi penghuni Neraka

- Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :
Katakanlah kepada mereka : “ Masuklah kamu ke pintu-pintu neraka jahanam dan kekal didalamnya,maka itulah sejelek-jelek tempat kembali ”. ( Surah Az-Zumar : Ayat 72 )
Rasullullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “ Tidak akan masuk syurga siapa saja didalam hatinya terdapat sedikit kesombongan.” ( Hadis Riwayat Muslim )

3) Orang yang sombong menjadi penghuni Neraka

- Dalam hal ini Allah S.W.T Berfirman :
“ Demikianlah Allah mengunci mati pintu hati orang yang sombong dan sewenang-wenang ” ( Surah Ghafir : Ayat 35 )

4) Kesombongan Membawa kepada kehinaan di dunia dan di akhirat

- Orang yang sombong akan mendapat kehinaan didunia ini berupa kejahilan,sebagai balasan dari perbuatannya.Ini jelas dari firman Allah S.W.T yang bermaksud :
“ Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya didunia ini tanpa alas an yang benar dari tanda-tanda kekuasaanku ”. ( Surah Al-‘Araf : Ayat 146 )



“ DALAM HIDUP INI BERLAKU HUKUM KEKEKALAN ‘ ENERGI ’. ENERGI YANG KITA BERIKAN KEPADA DUNIA TIDAK AKAN PERNAH MUSNAH.ENERGI ITU AKAN KEMBALI KEPADA KITA
DALAM BENTUK PERSAHABATAN,CINTA KASIH,MAKNA HIDUP,MAHUPUN KEPUASAN BATIN YANG MENDALAM.JADI, SETIAP BERBUAT BAIK KEPADA PIHAK LAIN,KITA SEBENARNYA
SEDANG BERBUAT BAIK KEPADA DIRI KITA SENDIRI.KALAU BEGITU,APA YANG KITA SOMBONGKAN ??
” .

You Might Also Like

0 Orang Pengomen Tegar

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images